Sokongan Pelanggan

Selamat datang ke sokongan pelanggan No Straight Roads. Sila lihat Soalan Lazim kami di bawah. Sekiranya soalan anda tidak dijawab, anda boleh mengisi borang sokongan pelanggan kami.

MEMBELI PERMAINAN

No Straight Roads akan dilancarkan secara digital dan fizikal pada 25 Ogos. Versi fizikal Nintendo Switch™ akan dilancarkan pada 15 September.

Ya! No Straight Roads boleh didapati secara digital di PS4™, Xbox One, Nintendo Switch™ & Epic Games Store bermula dari 25 Ogos.

Ya! No Straight Roads boleh didapati secara fizikal di PS4™ dan Xbox One bermula dari 25 Ogos dan secara fizikal di Nintendo Switch™ bermula dari 15 September.

Malangnya tidak. Edisi Pengumpul hanya tersedia di PS4™, Xbox One & Nintendo Switch™.

Malangnya Edisi Pengumpul telah habis terjual di kebanyakan tempat, dengan ramai penjual telah mengeluarkannya daripada jualan. Kedai-kedai tidak akan menerima stok lagi, namun begitu, jika ada pembatalan pra-pesanan, item ini akan muncul di laman web mereka, oleh itu, sentiasa perhatikannya.

Versi PC adalah eksklusif masa kepada Epic Games Store selama 12 bulan.

Malangnya, disebabkan oleh tempoh pengeluaran, versi fizikal Nintendo Switch™ akan tiba pada 15 September.

RUNUT BUNYI

vs SAYU diterjemahkan kepada bahasa Jepun dan pertarungan rap DK West diterjemahkan dalam bahasa Perancis.

Anda boleh mendengar runut bunyi melalui perkhidmatan pensriman atau membelinya daripada beberapa kedai muzik digital. Maklumat lanjut tersedia di sini: https://bossbattle.lnk.to/NSR_Mini_OST

PERMAINAN

Konsep Rock vs EDM berasal daripada idea yang menginginkan genre muzik berperanan sebagai tema utama permainan. Kami memilih genre rock dan EDM kerana kedua-duanya mempunyai gaya tersendiri dan serasi antara satu sama lain. Ini juga membuka topik tentang yang lama lawan yang baru, sesuatu yang kami rasa bersesuaian dengan ramai orang.

Tiada rancangan untuk DLC pada masa hadapan.

BAHASA

No Straight Roads akan mempunyai suara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jepun! Anda bebas menukar bahasa mengikut pilihan anda.

No Straight Roads akan mempunyai sari kata dalam bahasa: Inggeris, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, Rusia, Melayu, Cina Mudah, Cina Tradisional, Korea dan Jepun.

KHUSUS NINTENDO SWITCH™

Kami tiada rancangan untuk demo konsol. Ikuti saluran media sosial kami seandainya perkara ini berubah!

Versi Nintendo Switch™ dijalankan sehingga 60FPS!

LAIN-LAIN

Sila hantarkan e-mel kepada kami di: press@soldout.uk.com supaya kami dapat memenuhi permintaan anda!

Kami tiada sebarang rancangan pada masa ini untuk melancarkan demo di PS4™/ Xbox One/Nintendo Switch™. Sekiranya ada sebarang perubahan, kami akan mengumumkannya di saluran kami.

MASIH PERLUKAN BANTUAN? HUBUNGI KAMI MENGGUNAKAN BORANG DI BAWAH: